Sunday, 30 November 2014

Cuti panjang

Status hiatus selama beberapa bulan tanpa secoret post bukan bermakna aku kontang idea untuk buat write up di blog.

Ada idea yang aku coret memanjang di laman sosial bersifat peribadi & dituju kepada orang perseorangan.

Ada pun kontang idea sebab aku menunggu waktu untuk melahirkan anak kedua Ku. Alhamdulilah, selamat lahir putera kami, Noh Mikhail pada 13/11 pada pukul 6:04 pagi. (Cerita detik kelahiran baby akan Ku kongsikan di post yang lain)

Sekarang masuk hari ke-16 berpantang. Tinggal setengah bulan lagi untuk habiskan masa berpantang sebelum aku betul-betul sihat & mampu membuat kerja berat.

Sepanjang tempoh berpantang ini lah aku kena banyak prepare pengurusan selepas berpantang. Kalau dulu anak seorang, tapi kali ini dah ada dua anak. Yang sulung masih bertatih & belum faham lagi  apa itu "adik", dan yang adik nya hanya tahu menghabiskan stok susu badan (& lemak mama nya sekali). Berfikir juga macam mana nak buat kerja rumah & urus makan minum sendiri. Ikut pengalaman sebelum lahir anak kedua, Bab makan minum sendiri tak berapa nak terurus. Alasan mengandung anak kedua kurang sedikit selera makan, tambahan lagi anak sulung ketika itu sukar untuk ditinggalkan sendirian. Padahal ke dapur untuk minum air pun, si Sara akan merengek tak nak kena tinggal. Yang ni tak tau lah kalau dia nak ditinggalkan bersama adik Noh. Hmm... Kalau dua - dua berduet menangis...alahai, Mama join sekaki gak menangis.

Ada 2 minggu lagi untuk merancang pengurusan...
Mampukah aku?