Monday, 22 December 2014

Review - SK-II FTE @ Miracle Water

Okay, untuk review pertama kali, entri kali ini berkenaan dengan salah satu produk penjagaan muka (skincare) mewah atau dalam terma ekonomi nya barang resesif (Harga Tinggi, Permintaan Tinggi) iaitu SK-II's Best Seller Facial Treatment Essence (FTE) atau lebih dikenali sebagai Miracle Water.

Kata kan lah kau ada duit berkepuk-kepuk tak tau nak belanja kemana (katakan je). Tetiba kau nak invest duit tu kat skincare. Dan kau kata

"Bosanlah pakai O***, muka tak macam Yuni pun, minyak muka bertakung semangkuk boleh pakai goreng sekor ayam kampung!".

" Tak nak pakai L*****, dah berbotol-botol youth essence pun muka aku masih tak berubah macam muka Moyo Karan!".

Antara sebab-sebab diatas korang dengan poyonya ingin menukar selera skincare. Kira upgrade sikit lah kan. So aku cadangkan pakai lah set SK-II.

Why SK-II? Apa yang bestnya?
Antara sebab kenapa korang perlu try SK-II walaupun sekali seumur hidup adalah:-
1) It's miracle water! (Tapi ajaibnya muka aku tak berubah jadi Fauziah Latif. Takpe, yang ni aku sabar, janji muka nampak glowing & cerah berseri)

2) Mengandungi Pitera yang menggalakan pembaharuan semula sel-sel baru. (Ini lah rahsia tangan orang tua di Jepun haluih semacam, pasai depa uli-uli pulut yang ada kandungan Pitera ni)

3) All in One. Muka akan menjadi lembap, segar, anjal, tighten, lighten dan sebagainya. Tak perlu pakai apa dah sebab semua khasiat digabungkan didalam satu botol.

Padanlah mahal sebab anda tak perlu skincare lain yang rata-ratanya banyak renyah nak pakai satu - satu. Ambil sebotol, tuang secukupnya kat kapas dan pap ke muka. Selepas tu anda boleh bersolek macam biasa. Senang kan?

Seperti kebanyakan produk skincare, kita harus cubatrytest dulu, kot kot lah produk itu tak ngam ke atau member I reaksi negatif kepada si pemakai. Memula pakai SK-II ni, aku beli set basic yang murah dari online (Trusted seller dari Forum Lowyat.net). Murah dalam RM120 - Set ini ada pencuci muka 20gm, Clear lotion 30ml & FTE 30ml. Set basic ini tahan dalam sebulan, terutama FTE. Kalau pencuci muka tu habis, usah risau, pakai je pencuci muka yang biasa korang pakai.

Perubahan boleh dilihat dalam masa seminggu. (Ada yang sambil masa sampai 2 minggu). Seminggu pakai, pertama sekali, muka nampak glowing & berseri. (Note: Aku baru je beranak anak sulung & baru 2 minggu berpantang). Sebelum tu, muka berjerawats & kusam sebab stress berpantang. 

So, bila dah dapat result yang diingini, aku decide beli yang besor - 215ml (no.2 besor sebenarnya). Tahan berbulan-bulan gak sebab aku ni jenis lompat pakai skincare. Ade juga aku stop beberapa bulan pada awal pregnancy ke-2 dengan alasan malas nak tepek & hanya pakai seminggu sekali sebagai mask. 

Yup, SK-II ni boleh di pakai seperti mask. Cuma rendam kan kertas mask dengan SK-II, tekap kat muka selama 10-15 minit. Selepas tu tepek lebihan SK-II kat muka dengan meratakan secara 'tapping'. Kertas mask yang ada sisa 'miracle water' tu juga boleh disapukan ke tangan & siku. Setiap titisan 'miracle water' ni berharga sampai ke titisan terakhir. 

Oh ya, harga kaunter utk saiz 215ml adalah RM599, (harga pasaran akan berubah dari semasa ke semasa). Harga yang aku dapat beli kat dalam forum lowyat.net (Section - Stuff for ladies) adalah RM4xx. Murah banyak kan? Yang penting Original & keluaran tahun 2013. (Masa aku beli ni adalah pada awak tahun 2014). 

Okay, last but not least, sedikit guide untuk beli set atau loose item produk SK-II secara online.

1) Lihat tarikh pengeluaran.

 Selalunya yang membezakan harga SK-II antara peniaga online ni adalah tarikh kilang (manufactured date) & tarikh luput (expired date). Kalau yang dekat-dekat nak expired tu selalu nya akan dijual sangat murah. Tapi jangan la beli saiz 330ml tapi expired date March 2015 untuk sendiri pakai. Membazir. (Kalo tong-tong sama kawan, 110ml seorang, InsyaAllah cepat habis sebelum waktu)

2) Testimonials

Bercakap tentang testimony, apa yang aku nak highlightkan adalah review pembeli berkenaan service & authenticity product dari seller terbabit. Rajinkan diri baca testimony berkenaan kecekapan SERVICE. Good service adalah disarankan untuk membeli produk sebegini. (Review keberkesanan produk you boleh buat untuk stok syok sendiri baca, macam I :D). Sebab produk macam ni need no introduction. (Commercial ads dah take over that part). So, dengan rapport (sebutan 'ray-po') seller yang meyakinkan maka anda boleh lah shopping sebotoi dua dengan tenang nya. 

Okay chuols, berbekalkan sedikit pengalaman , keberkesanan & tips membeli dengan selamat, I ucapkan selamat berSK-II!   


Nota kaki: Selamat Tahun Baru 2015. Skincare baru, makeup baru, wahhh gittew! 

Friday, 19 December 2014

Beauty Overhaul

Post Natal Maintenance.
Penyelenggaraan Selepas Bersalin.

Macam kelakar juga ayat translation Eng - BM di atas. OK lah, penyelenggaraan atau lebih sedap lagi maintenance selepas bersalin & berpantang ni lebih kepada mencantikan & menyihatkan si Ibu. Susah payah para Ibu mengandung 9 bulan & sakit lahirkan anak tu memerlukan pengorbanan & kecekalan yang tinggi. (Lagak seorang pakar motivasi). Selepas lahirkan anak, Sudah tentu kena 'overhaul' dalaman badan untuk sembuhkan mana yang luka, disamping untuk menyihatkan badan. (Barang nak pakai lama kan? Kena jaga bermula dari dalam)

Entry kali ini berkenaan dengan Beauty (Kecantikan). Cantik luar, cantik dalam, cantik sana sini. Haa gitu.

Kalau ada yang tertanya apa rahsia (lah sangat) kulit muka nampak flawless & minimum skin problem (paling-paling pun jerawat pasir & black/white heads kat hidung), gambar kat bawah entri adalah 'sahabat-sahabat' baik a.k.a BFF yang bertanggungjawab ke atas kulit muka & badan.

Penjagaan muka.

Aku ni jenis tukar-tukar produk skincare (selamat muka tak sensitif & tahan lasak). Dari produk low end macam Sabun Papaya sampai lah produk high end macam SK-II, semua sudah dicubatrytest. Tak kurang juga penggunaan skincare dari drugstore seperti NIVEA, Safi Balqis, L'Oreal, dan Olay. Range apa kau sebut, semua sudah Ku Cuba (pelat 60an)

Penjagaan bibir

Aku ada masalah bibir kering. Kering yang teramat sampai berkerak kuping. Cuma lately ni aku concern sedikit dengan bibir. Nak dekat beranak aku muka lah beli lipbalm bagai. Masuk Watson's beli satu lipbalm perisa Strawberry, pastu masuk The Body Shop beli perisa Laici. Dan terbaru beli EOS perisa Coconut Milk, sebab dah lama ngidam nak sebiji (jelas sekali motif belian - packaging yang comel nak arwah). Tapi satu rahsia yang ingin Ku kongsikan disini, perihal bibir & khasiat ubat gigi. 

Sebelum korang invest duit untuk beli pelembap bibir atau scrub bibir yang konon merawat tu, apa kata korang try petua yang simple tapi sangat berkesan.

Semasa menggosok Gigi, apa kata korang gosok sekali bibir, secara lembut utk exfoliate kulit bibir yang kering ( kadang2 aku syok sangat gosok bibir sampai berdarah ). Lepas tu sebelum tidur oles kan pelembap bibir atau minyak bervitamin E ( Argan Oil is the best). InsyaAllah, bibir anda akan sentiasa kemerahan & halus tanpa sekarang kulit kering jika diamalkan selalu. 

Penjagaan lain - lain

Kalau tengok senarai produk penjagaan yang aku pakai, ada diantaranya adalah barangan keluaran local. Lately,dengan adanya instagram, aku sangat obses 'stalking' produk atau brand local yang popular. Aku suka shopping online sebab banyak pilihan & kalau bijak, boleh dapat barang demgan harga berpatutan (tapi awas dengan produk tiruan lebih - lebih lagi skincare & supplement . Mula berjinak dengan membeli baju sampai la ke skincare. Antara produk skincare & supplement yang aku beli secara online adalah Sensual Serum, Argan Oil, dan yang terbaru Secret Skin White Kawaii Collagen (SSWKC). Antara faktor pendorong aku beli supplement & skincare ini sebab Kak ipar sendiri yang pakai.

Okay, itu Sahaja untuk pengenalan (intro pun dah macam thesis). Nanti aku review untuk each produk yang pernah aku pakai. ( ye la, lain orang lain kesan sesuatu produk). And of course aku review sekali dengan petua-petua atau ritual pengunaan sesuatu produk secara berkesan. 

Till then, buhbye!

SK-II FTE, Argan Oil By Lalla Nour, Secret Skin White Kawaii Collagen, Kawaii Collagen Brightening Serum, EOS Lip Balm, NIVEA white serum, toner, day cream, Watson's pore strip, Krim Jerawat Safi,  Argan Oil Advanced Perfect Serum, Colgate Toothpaste.