Tuesday, 9 September 2014

Variasi kedua. Suatu perubahan.

"Indahnya perasaan ketika menghirup Secangkir teh chamomile di Tanah Tinggi, ditemani kabus nipis menghadap ladang teh di Lembah Bharat. Tenang disepoi angin dingin Cameron"

Jika aku diberi peluang berbulan madu untuk kali kedua, pastinya aku ingin ke Tanah Tinggi Cameron lagi.

Jika sebelum ini blog ini Ku beri nama kek batik stroberi, kali ini aku bercadang untuk menukar nama lagi. Bukan aku tidak teguh pendirian dengan satu nama, atau tidak berani menvariasikan idea penulisan.

Oh tidak.
Tidak terlintas untukku berkecimpung didalam bidang penulisan, walaupun asas literasi aku layak menjadikan aku sebagai pengkritik bahasa.

Bagi aku, pertukaran nama blog ini adalah satu titik tolak untuk memperkenal seni penulisan bukan fiksyen dengan penerapan asas literasi yang mudah.

Semudah membuat teh.
Seringkas hidangan teh hangat.

Walaupun ringkas
Tiada isu untuk memalukan bahasa kebangsaan.

Sesekali
Apa salah nya diselit dengan jenaka basi.
Atau sedikit bahasa penjajah
Buat tergeliat lidah.

Monday, 8 September 2014

Lesung Batu

"Kalau ada member kahwin nanti aku nak bagi dia lesung batu" - Iley

Selalu kita dengar hadiah kahwin berupa alatan elektronik dan pinggan mangkuk yang fancy. Lain pula cerita kawanku Iley (nama panggilan) dalam bab memberi hadiah kahwin. Katanya, selain daripada unik, kebarangkalian nak sama hadiah dengan orang adalah 0%. (Ada betul gak apa yang dia cadangkan). Ye la, siapa yang terfikir nak beri hadiah berupa lesung batu macam tu. Tapi tak salah kan? Lesung Batu pun salah satu pekakas dapur & setiap dapur di rumah wajib ada satu. (Maaf, dapur anda tidak layak dipanggil dapur kalau takde lesung batu). So untuk Iley, aku akan kota kan kata-kata mu untuk menghadiahkan sepasang lesung batu di hari bahagia mu, okay?.

So, apa cerita lesung batu ni?
Ini cuma entri selingan memandangkan hari ini banyak pula inspirasi untuk berkarya sambil meminum teh kosong diiringi Kek Batik Toffee Melekat olahan Ku Sabtu lalu.

Beberapa minggu lepas, aku terbeli lesung batu. Asalnya aku hanya nak cari susu anak di kedai runcit biasa memandangkan kedai runcit Muthu, Ah Seng atau Pak Semail selalunya jual susu murah sikit berbanding di Hypermarket ternama. Entah kenapa aku boleh termasuk ke kedai serbaneka ala-ala kedai RM2 yang menjual pelbagai barangan dengan harga low cost. Aku pun pergi la pusing-pusing dalam kedai tersebut. Sebagai seorang suri rumah, asal nampak barangan dapur mesti sangkut kejap nak belek, padahal barang tersebut bukan dalam senarai belian. Tiba-tiba biji mata menggeletis rambangnya melihat senduk kayu & buluh yang comel-comel belako. Sesekali ku capai sebatang dua & perasan demo benda alah yang berharga RM1.95.
"Mahal. Hari tu nampak kat Econsave lebih kurang RM1.80 satu", seperti biasa, monolog seorang suri rumah yang faham kuasa sebagai seorang pengguna bijak. Aku letak balik senduk tersebut pasal aku baru beli satu sudip yang diperbuat daripada buluh. (Sungguh ringan baq hang. Sudip itu bakal ku wariskan kepada anak-anakku seperti nenek Nigella Lawson mewariskan sudu kayu kepada beliau).

Okay, berbalik kepada aktiviti merambangkan mata, aku pusing lagi ke bahagian lain & mata aku tertumpu pada penyepit makanan yang comel. Kali ini tiada fikiran kedua, (memandangkan aku ni suka masak ala-ala grilled & Korean BBQ), aku capai satu juga.
" Takpe, yang ni wajib ada pakai sepit daging BBQ. Tak pun pakai sepit botol susu anak yang sedang disteril dalam air panas menggelegak", fikirku positif walaupun harganya aku kurang setuju. (Tapi aku lebih kepada buat sepit botol susu anak, sehinggalah penyepit itu hilang minggu lepas di rumah mertua). Sehingga aku dapat beli sepit baru, maka tiadalah menu daging bakar buat sementara waktu.
Gembira dengan penyepit baru, misi mencari susu menjadi misi menambah pekakas dapur pula. Dijadikan cerita, aku ternampak lesung batu di rak bawah sekali. Bersusun elok menggoda mata. Tangan penuh dengan barangan lain (selain penyepit, aku kebas bekas plastik yang kini dijadikan sebagai bekas simpan tepung jagung & gula petang).
"RM17.95. Murah!". Aku belek satu-satu, pilih yang cantik (Padahal semua sama saja rupa). Aku gigihkan juga mengendong barang-barang tersebut bersama lesung batu laksana Beyonce mengendong anugerah MTV VMA ke kaunter.
"Alah membeli, menang memakai. Ini lah keburukan membeli belah tanpa suami di sisi".
"RM22.95. Terima kasih, datang lagi"
"Sama-sama", ujarku dengan yakin, seolah-olah berjanji akan datang lagi, sambil melirik ke arah pasu tinggi berkaca di rak atas.

Nafsu sudah dipuaskan. Siapa sangka membeli lesung batu boleh menjadi terapi yang melegakan.

For the record, lesung batu tersebut hanya pernah digunakan sekali. Itu pun untuk melenyek kentang rebus untuk dibuat begedil.

Gambar hiasan: Bukan lesung batu. Tapi lesung pipit Encik Suami. (Gambar Selfie bujang - bujang dulu. Ala-ala Brit Indie-pop)

Hidup tanpa mu, MSG

MSG
Ketika sedang menggoreng telur dadar untuk menu ringkas lunch hari ini, tetiba teringat iklan Ajinomoto yang agak viral ( pasal Ajinomoto boleh digunakan didalam masakan goreng). Mana tidak viral, sedang elok baca komen-komen panas di ruangan entri blog tabloid di Facebook, tetiba ada satu komen mencelah dengan sopan santun berbunyi;
"Maaf bertanya, betulkah Ajinomoto boleh digunakan dalam masakan goreng?".
Ah, sudah. Boleh pula terfikir buat lawak ala royi & bisjut . Annoying tapi kelakar bunyi nya.

OK, entri kali ini bukan lah untuk kondem raksasa bahasa jejemon yang tak kurang annoying nya di Malaysia. Cerita ini lebih kepada MSG atau nama saintifik nya monosodium glutamate & kehidupan selepas berhenti menggunakannya. (Bunyi macam soalan esei SPM pula).

Seingat aku, kali terakhir pakai MSG dalam masakan adalah selepas keluarnya produk pengganti yang kononnya TANPA MSG seperti bahan perasa Tumix, Cukup Rasa dan yang seangkatan dengannya.

Bila dah melangkah ke alam universiti, semua nak serba segera. Di awal kemasukan, memang rajin masak sendiri. Lagi-lagi boleh jimat banyak bila tong-tong sesama housemate. Meriah rasanya bila makan sama-sama dengan housemate, lebih-lebih lagi masakan housemate lebih kurang seperti masakan mak di rumah.
Tapi, kemeriahan tu cuma sementara. Bila masing-masing dah dapat jadual kelas, semua pilih untuk tapau makanan kat luar atau masak sendiri.

Bermulalah kisah memasak untuk diri sendiri. Bahan perencah seperti Tumix & Cukup Rasa memang wajib. Alasannya, senang campak bahan rencah tersebut & rasanya lagi sedap daripada rencah tradisional garam & MSG. Selain daripada tu, konon lah nak kurangkan penggunaan MSG yang memudaratkan kesihatan. (Ayat hipokritnya, makan fast food takpe, jangan terlebih makan MSG, nanti kepala botak). Rasanya penggunaan bahan rencah tersebut berlarutan sehingga lah ke alam perkahwinan, walaupun hakikatnya waktu bujang dulu sangat jarang masak.

Sehinggalah jadi full time housewife.
Duduk di rumah memang kena masak hari-hari. Kadang-kadang buntu nak masak apa. Nasib lah Encik Suami makan sekali je kat rumah waktu hari-hari biasa. (Tengahari tak makan nasi). Hujung minggu pula masak yang Grand sikit. Alasannya sebab makan berdua lebih baik (Betul kata Acha Septriasa).
Sejak duduk di rumah, bertemankan TV sebagai penghibur (anak jadi teman sepermainan), aku mula berjinak menonton rancangan masakan. Waktu tidur anak jadi waktu untuk menonton rancangan masak-masak. (Waktu lain adalah waktu kartun anak & ayah). Rata-rata rancangan masakan yang aku layan adalah rancangan masakan luar negara. (Tak payah cerita lah kalau mat saleh memasak kerbau pendek). Satu yang buat aku tertarik dengan chef mat saleh - pengunaan garam & lada hitam (salt & grounded pepper) sebagai bahan perasa. Walaupun masak steak atau chop mewah, seasoning atau bahan perasa adalah sama iaitu garam & lada hitam. Pilihan garam seperti garam laut, garam gunung dan garam kosher banyak digunakan di dalam masakan & semestinya lada pilihan adalah lada hitam kasar atau grounded (black) pepper. Malahan penggunaan garam & lada hitam ini bukan terhad kepada masakan barat, negara Timur Tengah pun apa kurang nya, lebih-lebih lagi negara Padang pasir terkenal dengan pengunaan rempah ratus dalam masakan. Tidak ada sepatah pun kedengaran perkataan MSG apatah lagi Tumix atau Cukup Rasa. Sejak dari itulah terdetik hati nak kurang kan penggunaan bahan rencah alternatif tersebut dan masa untuk kembali kepada asas iaitu garam & lada hitam.

Garam & lada hitam.
Kalau dapur tiada bahan asas ini, tidak lengkaplah dapur tersebut. Bukan nak ajak boikot bahan perencah terbabit, tapi ini adalah salah satu bentuk kesedaran bahawa masakan yang enak semestinya berkonsep "less is more".

Hakikatnya, masyarakat kita terutamanya tidak boleh lari dari bahan perasa berasaskan MSG. Tipu lah kalau nak kata diri sendiri hidup secara holistik tanpa MSG. Kalau kita jenis makan kat luar, takde maknenye masakan restoran seperti mamak tak pakai MSG.

Kesimpulannya, MSG atau tanpa MSG, semua itu terpulang kepada prinsip hidup masing-masing. Ada yang memilih untuk mengurangkan MSG atas sebab-sebab kesihatan. Sejauh mana bukti MSG memudaratkan kesihatan, kurang pasti pula sama ada masih dalam penyelidikan atau agenda semata-mata untuk memomokan orang-orang kita. Tapi yang pasti pilihan untuk menggunakan garam & lada sebagai perasa adalah pilihan terbaik tanpa perlu bahan renyah yang lain.

Friday, 5 September 2014

September menjelma.

Time flies so fast
Sedar tak sedar, dah masuk bulan September.
Tinggal lebih kurang sebulan lebih sebelum baby kedua lahir.

Untuk entri kali Ini, aku ingin simpulkan sedikit pengalaman aku sebagai isteri & Mama sepanjang tahun 2014.

2 kids before 30's.
Itu semua tiada dalam perancangan.
Semua itu adalah rancangan dari-Nya.
InsyaAllah, selepas baby kedua ini, aku ingin berehat sepenuhnya & fokus menjaga anak-anak & suami.

Kembali bekerja?.
Mungkin tidak dalam masa 3 - 4 tahun ni. Aku sedikit paranoid memberi tanggungjawab menjaga anak-anakku kepada orang bukan kaum keluarga ku. Sebab aku faham menjaga anak ni penat mental & fizikal. Kadang-kadang sesekali syaitan menghasut, tangan yang hina Ini sangat ringan singgah di tangan anak.
Ya, kadang-kadang boleh hilang sabar bila dengar anak menangis. Kerapkali aku mengingatkan diri, "Anak baru seorang dah hilang kawalan, kalau datang yang kedua ketiga macam mana?". ( Astagfirullahaladzim, begitu mudah aku mengasari anakku yang tidak tahu-menahu itu). Ini baru jaga anak sendiri. Untung sendiri pandai mengingat betapa sakitnya sewaktu melahirkan anak. Kalau orang lain yang jaga anak kita? Tak hairan lah banyak kes dera kanak-kanak di rumah pengasuh.

Bakal anak kedua.
Mak cakap anak sulung ni tak banyak karenah, jarang menangis tak tentu pasal & jarang sekali meragam di waktu makan. ( Alhamdulilah ).
Bila anak sulung dah besar sikit, normal lah jika dia sesekali meragam, merengek sebab dia dah pandai minta perhatian. Dia kenal siapa Mama & Ayah.
Aku harap anak kedua ini nanti baik-baik sahaja seperti kakaknya. Lelaki atau perempuan tiada beza.

Isteri kepada Suami
Cukup aku katakan yang sekarang aku bahagia bersama suami merangkap kawan baik & teman seperjuangan menentang jembalang & raksasa di alam maya sewaktu ketika dahulu. (Alhamdulilah). Kalau dah jodoh, memang tak ke mana. Apa yang penting, dia lah suamiku. Pesan ayah, baik buruk pasangan kamu itu adalah PILIHAN sendiri. Bukan orang lain yang tentukan.
Ya, semua itu bersebab, kenapa kita di jodohkan dengan pasangan kita. Kita suka kebaikannya, jangan dikeji keburukannya. Itu tanggungjawab kita untuk menjaga aib pasangan kita.
Mungkin suamiku bukan lawyer atau majistret, tapi cukuplah dia bertanggungjawab terhadap makan minum keluarga dan yang penting, tidak pernah kurang kasih sayang terhadap anak & isteri.

Perancangan di masa hadapan
Buat masa sekarang, aku masih mengatur hidup sebagai seorang suri rumahtangga. Impian lain sudah ada dalam perancangan. InsyaAllah, jika Ada rezeki, ingin juga meniaga seperti orang lain untuk tambah pendapatan sampingan. Percaya rezeki Allah itu ada di mana-mana. Ameen.

N.R.Humaira

Thursday, 4 September 2014

Let's begin...

So, this 'new' blog underwent a complete overhaul. Old, abandoned blog with a whole new content.

So why kek batik stroberi ?

Despite the obvious spelling error, I decided to reincarnate the simplicity of kek batik ( a non bake cake which resembles Javanese textile i.e Batik ) fused with Strawberry ( casually & purposely written as Stroberi ).

So, Strawberry & Chocolate. The perfect combo of Sweet & Sour, much like the circle of our life. Admit it, the taste is simply irresistible.

So where's the Lemak?

Lemak ( Fat ), often look as bad & unhealthy. Well, like the sweet & sour of Strawberry & Chocolate, Lemak has its Yin & Yang too. There are good fat & bad fat being consumed by us as per daily basis. So why bother the Lemak in our life? All you have to do is just spice it up with your favorite flavor.

And remember, it's you who's cooking your pot of life.

Picture: Triple cheese French Toast.