Time flies so fast
Sedar tak sedar, dah masuk bulan September.
Tinggal lebih kurang sebulan lebih sebelum baby kedua lahir.
Untuk entri kali Ini, aku ingin simpulkan sedikit pengalaman aku sebagai isteri & Mama sepanjang tahun 2014.
2 kids before 30's.
Itu semua tiada dalam perancangan.
Semua itu adalah rancangan dari-Nya.
InsyaAllah, selepas baby kedua ini, aku ingin berehat sepenuhnya & fokus menjaga anak-anak & suami.
Kembali bekerja?.
Mungkin tidak dalam masa 3 - 4 tahun ni. Aku sedikit paranoid memberi tanggungjawab menjaga anak-anakku kepada orang bukan kaum keluarga ku. Sebab aku faham menjaga anak ni penat mental & fizikal. Kadang-kadang sesekali syaitan menghasut, tangan yang hina Ini sangat ringan singgah di tangan anak.
Ya, kadang-kadang boleh hilang sabar bila dengar anak menangis. Kerapkali aku mengingatkan diri, "Anak baru seorang dah hilang kawalan, kalau datang yang kedua ketiga macam mana?". ( Astagfirullahaladzim, begitu mudah aku mengasari anakku yang tidak tahu-menahu itu). Ini baru jaga anak sendiri. Untung sendiri pandai mengingat betapa sakitnya sewaktu melahirkan anak. Kalau orang lain yang jaga anak kita? Tak hairan lah banyak kes dera kanak-kanak di rumah pengasuh.
Bakal anak kedua.
Mak cakap anak sulung ni tak banyak karenah, jarang menangis tak tentu pasal & jarang sekali meragam di waktu makan. ( Alhamdulilah ).
Bila anak sulung dah besar sikit, normal lah jika dia sesekali meragam, merengek sebab dia dah pandai minta perhatian. Dia kenal siapa Mama & Ayah.
Aku harap anak kedua ini nanti baik-baik sahaja seperti kakaknya. Lelaki atau perempuan tiada beza.
Isteri kepada Suami
Cukup aku katakan yang sekarang aku bahagia bersama suami merangkap kawan baik & teman seperjuangan menentang jembalang & raksasa di alam maya sewaktu ketika dahulu. (Alhamdulilah). Kalau dah jodoh, memang tak ke mana. Apa yang penting, dia lah suamiku. Pesan ayah, baik buruk pasangan kamu itu adalah PILIHAN sendiri. Bukan orang lain yang tentukan.
Ya, semua itu bersebab, kenapa kita di jodohkan dengan pasangan kita. Kita suka kebaikannya, jangan dikeji keburukannya. Itu tanggungjawab kita untuk menjaga aib pasangan kita.
Mungkin suamiku bukan lawyer atau majistret, tapi cukuplah dia bertanggungjawab terhadap makan minum keluarga dan yang penting, tidak pernah kurang kasih sayang terhadap anak & isteri.
Perancangan di masa hadapan
Buat masa sekarang, aku masih mengatur hidup sebagai seorang suri rumahtangga. Impian lain sudah ada dalam perancangan. InsyaAllah, jika Ada rezeki, ingin juga meniaga seperti orang lain untuk tambah pendapatan sampingan. Percaya rezeki Allah itu ada di mana-mana. Ameen.
N.R.Humaira
No comments:
Post a Comment