Monday, 12 January 2015

How To - Pore strips, Toothpaste & Sugar?

White heads, black heads diibaratkan seperti kumpulan mafia Don Vito yang sentiasa menghantui hidung kita sejak awal remaja sehingga ke saat anda membaca entri ini. Ia hitam, Ia putih (macam colour suit mafia gamaknya), dan ia degil berani mati. Mana tak nya, dalam banyak2 bahagian muka yang bercelah-celah, kat hidung juga dia menonjol.

Oleh kerana permasalahan itu lah, banyak inovasi & cara cara untuk kita lakukan demi menghapuskan kepala-kepala degil termasuk lah masker, pore strips, picit, tarik, kopek dan sebagainya. Ada lah pulak sejenis krim yang di gosok-gosok hingga keluar sel kulit mati, yang pada pendapat I, idok le berkesan sama sekali. Dulu waktu sekolah pernah try dengan krim Hazeline Snow. Tepek kat muka bebanyak, lepas tu biar krim tu meresap & selepas tu gosok banyak kali di bahagian hidung & celah nya. Konon la yang keluar itu adalah daki muka tapi yang sebenarnya hanyalah gumpalan krim sahaja. Whiteheads tetap bermaharajalela & yang tinggal hidung yang merah akibat di gosok kuat sangat.

Itu cerita zaman sekolah rendah dulu. Pitih takdo lagi nak beli krim mahal. Sampai la keluar inovasi pore strips yang rata-rata nya berhasil untuk mencabut 70 - 80% whiteheads di hidung (okay lah daripada tak tercabut satu)

Sekarang ni ada dijual serum untuk melembutkan & memudahkan proses pembuangan heads ini. Kalau ada yang pernah try boleh lah share-share resultnya.

Okay lah, walau apa cara sekalipun baik manual atau pun pergi facial, I tetap suka buat cara sendiri untuk pembuangan heads yang maksimum.

In fact, anda tak perlu rushing keluar beli barang sebab sumber nya ada di dapur & di bilik air. Anda ada gula? Anda ada ubat gigi? Ok done!. Anda boleh mulakan sesi facial sendiri.

Nota: Kaedah ini berkesan 80 - 90% di hidung sahaja. Jika anda mengalami masalah whiteheads di bahagian lain seperti dagu antara kening, anda boleh try & adjust ikut keselesaan sendiri. No worries, no harmful chemicals involved. Paling-paling pun hidung merah or sedikit pedih je.

Ramai yang complaint pore strips ni tak berkesan & kadang-kadang whiteheads tu tak tertanggal. Afraid not, pore strips sebenarnya paling berkesan & cepat jika dibandingkan menggunakan besi pencungkil yang kadang-kadang lagi menyakitkan. Apa yang anda boleh buat adalah:-
1. Bersihkan muka seperti biasa. Urut di bahagian hidung atau sental dengan *Pobling Pore Cleanser dalam 2-5 minit.

*Bagi sesetengah orang yang memakai Pobling Pore Cleanser, white heads terus tertanggal (untungnya depa ni). Tapi bagi I, Pobling ni hanya membantu melembutkan heads (degil betul mafia ni).

2. Selepas dibersihkan dengan air sebersih-bersihnya, biarkan air dimuka terlebih dahulu. Sekiranya ada water heater, lalukan air suam ke hidung untuk membesarkan pori & memudahkan proses mengopek strips. Jika tiada air suam pun takpe, lekatkan terus (dengan tangan kering) **pore strips ke hidung & tekap rata sehingga meliputi kawasan berpori di sekitar hidung. Biarkan kering terlebih dahulu. Seeloknya anginkan (bawah kipas) sehingga anda boleh merasakan strips itu mengeras apabila dipegang. Elakan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh terutamanya di hidung. Pore strips tidak akan mengering dengan sempurna & gam itu akan tertanggal & melekat di hidung.

3. Setelah pore strips mengeras, perlahan-lahan kopek di kedua-dua hujung sehingga ke batang hidung. Tujuan supaya bahagian pipi berpori itu tidak kemerah-merahan & pedih. Kemudian pegang di kedua-dua hujung strips itu & tarik cepat-cepat menghala ke atas.

4. Periksa sama ada banyak heads yang terangkat bersama. Jika ada sisa-sisa heads di hidung, apa yang anda boleh buat adalah mencuci bahagian hidung menggunakan air dan ubat gigi.  Cara-cara, basahkan hidung, calit sedikit ubat gigi & ratakan di hidung. Ambil sedikit gula (fine sugar jika hendak lembut, atau nak extreme boleh pakai coarse sugar), gosok dibahagian hidung sehingga anda merasakan kawasan hidung anda licin. Selepas itu bilas dengan air.

Hasilnya, anda mendapat hidung yang lebih halus & bebas dari heads (untuk seminggu atau lebih). Kebiasaannya I akan membuang heads ni selang 2 minggu (bergantung kepada keadaan)

** Disarankan untuk menggunakan pore strips berwarna hitam yang berasaskan charcoal seperti jenama Watson's (refer pic at the end of the post)

Kaedah ini sesuai dilakukan selepas mandi kerana pori-pori anda terbuka & makhluk-makhluk heads ni lembut & senang tercabut.

Nota 2: Jika anda ada masalah pori-pori besar, disarankan untuk rajin mencuci muka setiap hari 2-3 kali sehari & scrub 3 kali seminggu.

Mudah kan? Hanya dengan memakai pore strips sahaja. Seperti yang I katakan, kalau kena pada cara nya insyaAllah pore strips tu berkesan 100% tanpa perlu berbelanja di facial.

Selamat mencuba!

Sunday, 11 January 2015

Review - Ice Cream Soap by Janna Lawwa

Bukan sebarang ice-cream!

Sebut je ice-cream mesti terbayang-bayang kelazatan penuh nikmat perisa klasik vanilla dengan perisa-perisa pilihan. Sedap bukan? Apatah lagi dinikmati diwaktu panas terik. Fuhhh, kecur liur. (Ke laut kejap)

Okay, kali ni kita bicara tentang sabun ice-cream. You heard it right, SABUN. Ini adalah Ice cream soap dari produk Pati Ibu Putih by Janna Lawwa. (*refer picture at the end of the post)

Ice-cream Soap atau singkatan ICS ini berfungsi sebagai pembersih wajah & badan. Ia bertindak untuk membersihkan cela-cela & memutihkan wajah dengan bahan kandungan yang semulajadi.

Ok. Dalam instruction, ada dinyatakan pakai sikit je pun dah boleh menghasilkan buih yang banyak. Yup, ia sangat rich in foam & kulit muka terasa bersih & putih. Sesuai dengan tagline "Putih Gebu Kekal".

Adapun instruction, tapi tidak dinyatakan pula berapa kali cucian dlm sehari. Ye lah, I faham everytime ambik wuduk, kita nak cuci muka sebersih-bersihnya. Solat 5 waktu paling kurang pun cuci 4 kali kan? So what happened kalau kita cuci banyak kali dengan ICS ni?

I dah try dalam satu hari tu cuci sebanyak 4 kali. (Kalau cuci pakai air biasa sahaja, day creamy / pati ibu putih nya masih terasa di muka - mungkin sebab tekstur krim-krim tersebut pekat). Untuk makluman semua, kulit I adalah jenis kombinasi. Kulit kombinasi - berminyak di T-zone dan kering di bahagian atas bibir atau dagu. So far pencuci ini tidak mengeringkan kulit walaupun selepas dikeringkan kulit terasa tegang. Dan selepas cucian, sahaja I biarkan air di muka bagi kering sendiri. Kebiasaannya I akan lap muka paling last selepas mandi. Ini bagi memudahkan krim yang pekat tadi senang disapu ke wajah & mudah meresap.

Tips pembersihan optimum
1. Sebelum mencuci muka terlebih dahulu basahkan bahagian muka dan leher. Colek sedikit ICS dengan sudu yang telah disediakan. (Anggaran 1 sudu untuk cucian muka, leher & bahagian lengan). Buihkan terlebih dahulu sehingga tekstur sabun menjadi buih yang tebal/pekat. Usap ke wajah seperti biasa.

2. Semasa mencuci, diamkan seketika di wajah & leher untuk kesan pemutihan. Untuk tujuan pembersihan secara mendalam, I akan sental muka dengan Pobling Pore Cleanser di sekitar bahagian kulit yang berminyak, berpori besar & berjeragat dalam masa 2-5 minit.

3. Selepas mencuci segala kotoran dimuka dan di celah bedah, lalu kan di air bersih banyak kali. ICS ni tak dan dibilas air sekali dua sebab sangat bersabun. That's why I prefer cuci muka di shower. Sambil cuci, sambil urut muka gittew.

4. Usai mencuci, lap sikit muka (tekap sekali dengan tuala) untuk menyerap lebihan air yang menitis. Dalam keadaan muka yang masih segar & moist, dab kan krim di muka & usap lembut sehingga krim meresap.

Selesai step 4 boleh lah melaram selfie before & after cleansing gituu.

Apa-apa pun, ini adalah cara I cuci muka dengan ICS, sebab ICS ni tend to menegangkan muka I. Pendek kata, kau cuci lah muka seperti biasa ikut cara kau. And please bear in mind, kalau muka you super sensitive, please avoid over cuci muka you. Pakai brand apa sekali pun, it is recommended to clean your face twice a day. Kalau nak cuci gak, ambik dalam kuantiti sedikit. Afraid not, ICS boleh mencuci mekap sebersih-bersihnya. Nak lagi bersih? Cuci lah dengan Pobling Pore Cleanser!

And bila kau dah cantik halus nanti, kau tak payah pakai mekap tebal-tebal da. Pakai Day Creamy By Janna Lawwa ni pun dah okay! Hiks!

Nota: Day & Night Creamy are my fave creams. Terbaik yang pernah digunakan since SK-II. Stay tuned for the next review!

Friday, 9 January 2015

Review - Pati Ibu Putih by Janna Lawwa, bukan sekadar melawa.

Okay.
In previous post, I shared tentang produk kecantikan local yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, termasuk I yang sangat skeptical (used to) dengan keberkesanan produk ini.

Sejak berlibur di dunia instagram, I banyak mendapat pendedahan kepada produk-produk local oleh sellers. Terdetik juga niat di hati nak try salah satu produk kecantikan keluaran tempatan. Mana tak nya, ramai dikalangan sellers bersaing dengan memberi best price yang berlaboi - laboi murah nya.

Sekian lama I memasang niat nak cari satu produk skincare yang betul-betul memuaskan hati dari segi keberkesanan & juga selamat. Satu persatu review dibaca dari pelbagai sumber seperti forum & testimonials di dalam Instagram. Tak kurang juga I buat senarai semak bahan kandungan di blog & website KKM untuk menilai sendiri kesahihan produk-produk berkenaan.

Mengambil tahu status produk adalah penting sebab rata-rata produk kecantikan keluaran tempatan yang ditawarkan adalah raw. Kita tidak tahu apa kesan nya dari segi ujian dermatologi (unless stated) & kesan sampingan.

Setelah mengambil kira perkara di atas & survey a few products offered di pasaran, I've made decision to try out produk kecantikan Janna Lawwa.

Janna Lawwa was founded by Janna Suzanna ( more details in Instagram : @jannalawwa). Mempunyai kilang berstatus GMP (Good Manufacturing Practice) ,semua produk keluaran beliau adalah Animal Cruelty Free, Dermatology Tested, dan yang penting menggunakan bahan - bahan alami (natural)

Antara signature product Janna Lawwa seperti Pati Ibu Putih, Ice Cream Soap, Day & Night Creamy, Skinbranded, Skintinted dan sebagainya mempunyai fungsi membaik pulih, merawat, mencerah (whitening) & menambah seri (glowing).

Satu yang I suka dengan produk Janna Lawwa ni adalah packaging yang sangat comel. Yes, I have the tendency to keep all those cute packaging even the box too.(I kept the box of Benefit, SK-II )
When I received the parcel of the bought items, I was kinda annoyed with the dent boxes even the QC seals were remain intact. Worst, the condition of the parcel, it wasn't sealed properly & the box of the night creamy was visible. Kalau tak disebabkan QC seal yang tutup kotak tu, I think the product will surely 'jump out' of the box. I am so not going to repeat order from the same seller. Sangat cheapskate nak balut elok-elok. Dah la consignment note salah letak. Mujur orang pos tak reject.

Ok,melalut sat. Emo kejap pasal kotak comel yang melekuk-lekuk. Kesian tau. Anyway, I gave the boxes to my daughter, buat mainan dia, padahal dia minat dengan sticker QC seal je.

Back on track
Well, dari pandangan mata, tergoda terus turun ke hati. Dengan testimonials yang menyakinkan & bahan-bahan terjamin alami nya, so I decided to purchase the basic set consists of Pati Ibu Putih, Ice Cream Soap (ada 4 haruman, I chose Sugar Pink). Day Creamy & White Creamy. 

Dah masuk a week I pakai, so far I sangat puas hati. I have my personal opinion on each and every product in detail, which I'll review in the next post, including on how to use the product optimumly (how to achieve the dream skin with a proper care by Janna Lawwa's product)

Just so you know that, not all local skincare products contain harmful toxic. And by right, natural ingredients such as fruits contain lotsa antioxidant. Dengan produk yang dihasilkan di kilang bertaraf GMP & mempunyai berkelulusan dari KKM, it would be enough to convince me that our local beauty industries can go further globally.

Thursday, 1 January 2015

Going lokalah - Edisi Skincare

Dah lama nak try produk kecantikan local tapi banyak issue yang kena diambil kira sebelum mencuba produk. Apatah lagi produk - produk kecantikan atau skincare keluaran bumiputera ni tumbuh melata & banyak pilihan.

Seperti yang kita sedia maklum, produk skin care ni pernah dipelopor oleh negara jiran kita, Indonesia & hingga kini produk kecantikan mereka antara yang diyakini di Malaysia, umpama nya Tabita (sehingga kini Tabita masih lagi dibeli despite rumours mengatakan produk itu mengandungi bahan terlarang).

Di negara kita pun apa kurangnya, banyak sehingga tak tercuba & setanding dengan produk kecantikan import yang dijual di farmasi & mall.

Antara sebab utama ramai pengguna beralih kepada produk kecantikan local ini adalah:-
1) Kesan lebih cepat
2) Testimonial berjaya
3) Harga berpatutan
4) Viral

Kesan lebih cepat
Yup, rata-rata produk ini lebih intensif dari segi ingredient & kesan boleh dilihat seawal 3 hari selepas digunakan. Tidak seperti produk kecantikan lain yang terdapat di gedung farmasi, kesan dari produk kecantikan local boleh dilihat dengan hanya sekali penggunaan sahaja.

Testimonial berjaya
Ini penting untuk menunjukan keberkesanan produk. Apa yang penting adalah ia menunjukan produk tersebut telah berjaya & selamat untuk digunakan oleh orang ramai

Harga berpatutan
Harga memainkan peranan penting juga. Kebiasaannya untuk satu set penjagaan muka intensif berharga mencecah ribuan ringgit. Tetapi untuk produk kecantikan local, pengguna boleh jimat sehingga 90% dan memberi kesan setanding produk komersial yang lain.

Viral
Pengaruh artis & celebriti tempatan juga memainkan peranan penting untuk menviralkan sesebuah produk. Duta ini lah menjadi bukti keberkesanan produk walaupun ada sesetengah produk itu di 'make-up' lebih.

Antara sebab-sebab di atas lah ramai pengguna sekarang ghairah mencuba produk kecantikan local tanpa memikirkan kesan sampingan yang paling utama - kerosakan kulit akibat penggunaan bahan terlarang.

Suka saya ingatkan kat sini, kulit kita tak sama dengan kulit orang lain. So most probably the result may vary. Ada orang ngam pakai produk itu, tapi bila kawan dia pakai, produk tu memberi kesan negatif. Paling malang bila kawan baru nak try produk kecantikan keluaran local. 
Nasihat saya kepada deq non sekalian, rule of thumb untuk beli produk kecantikan local adalah sentiasa rujuk kepada review orang lain. Review ni pandangan jujur orang perseorangan & jangan terlalu bergantung kepada satu pendapat. Tak rugi jika kita dengar pendapat orang lain tentang produk tu. I'm sure ramai yang pernah try sesuatu produk akan buat review dalam media social. Rajinkan bertanya di forum atau kelab di media social. Produk yang kononnya lulusan KKM pun bukan jaminan yang produk itu sesuai ke idok pada kita.

Last but not least. Kita diberi banyak pilihan, jadilah pengguna yang bijak.

Nota kaki: Tazabar nak review produk local yang kini sedang hangat diperkatakan di instagram. Stay tuned!

Review - Argan Oil, minyak 'emas' dari Morocco

Malam hujung minggu. Bagi yang bekerja, itu lah hari bermalas - malasan anda. Kalau tak keluar rumah, duduk lah dalam rumah tanpa perlu mandi seharian. (Cer angkat tangan sapa yang pernah buat mcm ni 🙋)
Sesekali duduk lepak di ruang tamu, tinggalkan semua kerja mengemas, menyapu, melipat untuk dibuat hari esok.
Makan pun nak tapau, malas nak masak.

Kalau malas tahap tu, ia adalah normal. Masing-masing ada cara untuk release tension & berhenti seketika daripada melakukan rutin harian.

Tapi kalau malas tu sampai malas nak buat rutin penjagaan muka, you boleh kawan baik dengan I. Haha!

Sometimes, I pun malas nak tepek krim kat muka. So I decide 1 hari yang dipanggil hari muka bebas dari krim sedunia. (Kadang-kadang berlarutan lebih dari 1 hari, sebab tu kebanyakan krim muka I lambat habis sebab malas nak tepek punya pasal). Tapi bila difikirkan, malas sangat nanti muka hilang seri pula kan. So, another option is, pakai produk segera.

Haa, segera ni bukan macam mee segera tu. Segera yang pantas at the same time merawat muka dari A - Z. Tapi yang penting ia nya 100% alami.

Ada ke krim macam tu?
Ada deq non. Dan ia bukan krim. Ia adalah minyak senyonyong. (Hahahaha!)
Ok enough of the crap.

Bila I rasa nak go Au Naturale, Argan Oil is the best choice.
Why Argan Oil?
Tahukah anda minyak Argan ini juga dikenali sebagai cecair emas. Kandungan Vitamin E nya sangat tinggi dari minyak zaitun, minyak kelapa dara dan juga bio oil. Minyak Argan ini dikenali sebagai minyak serba guna kerana khasiatnya mampu merawat dari hujung rambut ke hujung kaki.

Kegunaan minyak Argan
1. Merawat rambut kering/rosak/terbelah hujung
2. Melebatkan rambut
3. Merawat parut, tak kira parut lama atau baru, parut jerawat atau luka.
4. Melembapkan kulit wajah
5. Menyerikan & memutihkan wajah
6. Mengurangkan pigmentasi, jerawat, radang, ruam, bintik hitam, whiteheads dan minyak berlebihan di muka
7. Pelembap bibir
8. Menguatkan kuku
9. Melembapkan siku
10. Merawat tumit kaki kering/pecah.

Dan sebagainya...

Itu adalah diantara kegunaan minyak Argan yang biasa I praktikan . Teksturnya yang mudah meresap & kurang berminyak memang sesuai untuk dijadikan pelembap wajah sambil merawat pada waktu malam.

Nowadays, ramai sellers menjual minyak Argan dalam botol 30 ml, 50ml & 60ml. Harga minyak Argan sedikit mahal dari minyak lain kerana proses untuk mengekstrak minyak Argan dari biji nya hanya boleh dilakukan secara manual (cold pressed). Dan minyak Argan ini hanya boleh diperolehi dari Morocco.

Setakat ini I pernah cuba dua (2) jenis atau brand Argan Oil & ternyata kedua-dua nya memberikan hasil positive. Pertama kali I try minyak argan Advanced Perfect Serum. Pada mulanya minyak argan ini untuk merawat ruam di leher anak. Berbeza dengan Pure Argan Oil, Advanced Perfect Serum lebih cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Malahan kulit terasa sangat lembut dengan haruman segar.

Pure Argan Oil by Lalla Nour.
Setelah habis botol pertama Advanced Perfect Serum, I pun try yang Pure Argan Oil by Lalla Nour. Apa yang pure sangat tu?. Well, Pure Argan Oil mengandungi 100% minyak Argan asli tanpa sebarang chemical tambahan. Pure Argan Oil tidak mengandungi pewangi & bau dia seakan -akan bau kekacang (tetapi selepas mengunakan argan oil, bau kekacang itu hilang). Pure Argan Oil ni hanya perlu guna beberapa titik sahaja (2-3 titik untuk muka). Jika terlebih, nanti berminyak sangat muka. Sangat elok untuk muka kering, so untuk yang jenis kulit kombinasi, sila lebihkan minyak argan di bahagian yang kering. Memandangkan I pakai krim pada waktu siang, sesekali pada waktu malam I pakai minyak argan untuk memberi lembapan & merawat kulit ketika tidur.

Kesimpulannya, Argan Oil ni is a must dalam skincare regime anda. Minyak yang sangat multipurpose ni sesuai di campur dengan krim lain, but for some reason I prefer to wear it alone. Walaupun ia nya minyak, afraid not, ia tidak sama sekali menyebabkan muka anda tumbuh jerawat. So get yours & sedia lah untuk rawatan muka dirumah sendiri.

Nota: selalu letak argan oil untuk kurang kan stretch mark sewaktu pregnant.