Dah lama nak try produk kecantikan local tapi banyak issue yang kena diambil kira sebelum mencuba produk. Apatah lagi produk - produk kecantikan atau skincare keluaran bumiputera ni tumbuh melata & banyak pilihan.
Seperti yang kita sedia maklum, produk skin care ni pernah dipelopor oleh negara jiran kita, Indonesia & hingga kini produk kecantikan mereka antara yang diyakini di Malaysia, umpama nya Tabita (sehingga kini Tabita masih lagi dibeli despite rumours mengatakan produk itu mengandungi bahan terlarang).
Di negara kita pun apa kurangnya, banyak sehingga tak tercuba & setanding dengan produk kecantikan import yang dijual di farmasi & mall.
Antara sebab utama ramai pengguna beralih kepada produk kecantikan local ini adalah:-
1) Kesan lebih cepat
2) Testimonial berjaya
3) Harga berpatutan
4) Viral
Kesan lebih cepat
Yup, rata-rata produk ini lebih intensif dari segi ingredient & kesan boleh dilihat seawal 3 hari selepas digunakan. Tidak seperti produk kecantikan lain yang terdapat di gedung farmasi, kesan dari produk kecantikan local boleh dilihat dengan hanya sekali penggunaan sahaja.
Testimonial berjaya
Ini penting untuk menunjukan keberkesanan produk. Apa yang penting adalah ia menunjukan produk tersebut telah berjaya & selamat untuk digunakan oleh orang ramai
Harga berpatutan
Harga memainkan peranan penting juga. Kebiasaannya untuk satu set penjagaan muka intensif berharga mencecah ribuan ringgit. Tetapi untuk produk kecantikan local, pengguna boleh jimat sehingga 90% dan memberi kesan setanding produk komersial yang lain.
Viral
Pengaruh artis & celebriti tempatan juga memainkan peranan penting untuk menviralkan sesebuah produk. Duta ini lah menjadi bukti keberkesanan produk walaupun ada sesetengah produk itu di 'make-up' lebih.
Antara sebab-sebab di atas lah ramai pengguna sekarang ghairah mencuba produk kecantikan local tanpa memikirkan kesan sampingan yang paling utama - kerosakan kulit akibat penggunaan bahan terlarang.
Suka saya ingatkan kat sini, kulit kita tak sama dengan kulit orang lain. So most probably the result may vary. Ada orang ngam pakai produk itu, tapi bila kawan dia pakai, produk tu memberi kesan negatif. Paling malang bila kawan baru nak try produk kecantikan keluaran local.
Nasihat saya kepada deq non sekalian, rule of thumb untuk beli produk kecantikan local adalah sentiasa rujuk kepada review orang lain. Review ni pandangan jujur orang perseorangan & jangan terlalu bergantung kepada satu pendapat. Tak rugi jika kita dengar pendapat orang lain tentang produk tu. I'm sure ramai yang pernah try sesuatu produk akan buat review dalam media social. Rajinkan bertanya di forum atau kelab di media social. Produk yang kononnya lulusan KKM pun bukan jaminan yang produk itu sesuai ke idok pada kita.
Last but not least. Kita diberi banyak pilihan, jadilah pengguna yang bijak.
Nota kaki: Tazabar nak review produk local yang kini sedang hangat diperkatakan di instagram. Stay tuned!
No comments:
Post a Comment