Thursday, 1 January 2015

Review - Argan Oil, minyak 'emas' dari Morocco

Malam hujung minggu. Bagi yang bekerja, itu lah hari bermalas - malasan anda. Kalau tak keluar rumah, duduk lah dalam rumah tanpa perlu mandi seharian. (Cer angkat tangan sapa yang pernah buat mcm ni 🙋)
Sesekali duduk lepak di ruang tamu, tinggalkan semua kerja mengemas, menyapu, melipat untuk dibuat hari esok.
Makan pun nak tapau, malas nak masak.

Kalau malas tahap tu, ia adalah normal. Masing-masing ada cara untuk release tension & berhenti seketika daripada melakukan rutin harian.

Tapi kalau malas tu sampai malas nak buat rutin penjagaan muka, you boleh kawan baik dengan I. Haha!

Sometimes, I pun malas nak tepek krim kat muka. So I decide 1 hari yang dipanggil hari muka bebas dari krim sedunia. (Kadang-kadang berlarutan lebih dari 1 hari, sebab tu kebanyakan krim muka I lambat habis sebab malas nak tepek punya pasal). Tapi bila difikirkan, malas sangat nanti muka hilang seri pula kan. So, another option is, pakai produk segera.

Haa, segera ni bukan macam mee segera tu. Segera yang pantas at the same time merawat muka dari A - Z. Tapi yang penting ia nya 100% alami.

Ada ke krim macam tu?
Ada deq non. Dan ia bukan krim. Ia adalah minyak senyonyong. (Hahahaha!)
Ok enough of the crap.

Bila I rasa nak go Au Naturale, Argan Oil is the best choice.
Why Argan Oil?
Tahukah anda minyak Argan ini juga dikenali sebagai cecair emas. Kandungan Vitamin E nya sangat tinggi dari minyak zaitun, minyak kelapa dara dan juga bio oil. Minyak Argan ini dikenali sebagai minyak serba guna kerana khasiatnya mampu merawat dari hujung rambut ke hujung kaki.

Kegunaan minyak Argan
1. Merawat rambut kering/rosak/terbelah hujung
2. Melebatkan rambut
3. Merawat parut, tak kira parut lama atau baru, parut jerawat atau luka.
4. Melembapkan kulit wajah
5. Menyerikan & memutihkan wajah
6. Mengurangkan pigmentasi, jerawat, radang, ruam, bintik hitam, whiteheads dan minyak berlebihan di muka
7. Pelembap bibir
8. Menguatkan kuku
9. Melembapkan siku
10. Merawat tumit kaki kering/pecah.

Dan sebagainya...

Itu adalah diantara kegunaan minyak Argan yang biasa I praktikan . Teksturnya yang mudah meresap & kurang berminyak memang sesuai untuk dijadikan pelembap wajah sambil merawat pada waktu malam.

Nowadays, ramai sellers menjual minyak Argan dalam botol 30 ml, 50ml & 60ml. Harga minyak Argan sedikit mahal dari minyak lain kerana proses untuk mengekstrak minyak Argan dari biji nya hanya boleh dilakukan secara manual (cold pressed). Dan minyak Argan ini hanya boleh diperolehi dari Morocco.

Setakat ini I pernah cuba dua (2) jenis atau brand Argan Oil & ternyata kedua-dua nya memberikan hasil positive. Pertama kali I try minyak argan Advanced Perfect Serum. Pada mulanya minyak argan ini untuk merawat ruam di leher anak. Berbeza dengan Pure Argan Oil, Advanced Perfect Serum lebih cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Malahan kulit terasa sangat lembut dengan haruman segar.

Pure Argan Oil by Lalla Nour.
Setelah habis botol pertama Advanced Perfect Serum, I pun try yang Pure Argan Oil by Lalla Nour. Apa yang pure sangat tu?. Well, Pure Argan Oil mengandungi 100% minyak Argan asli tanpa sebarang chemical tambahan. Pure Argan Oil tidak mengandungi pewangi & bau dia seakan -akan bau kekacang (tetapi selepas mengunakan argan oil, bau kekacang itu hilang). Pure Argan Oil ni hanya perlu guna beberapa titik sahaja (2-3 titik untuk muka). Jika terlebih, nanti berminyak sangat muka. Sangat elok untuk muka kering, so untuk yang jenis kulit kombinasi, sila lebihkan minyak argan di bahagian yang kering. Memandangkan I pakai krim pada waktu siang, sesekali pada waktu malam I pakai minyak argan untuk memberi lembapan & merawat kulit ketika tidur.

Kesimpulannya, Argan Oil ni is a must dalam skincare regime anda. Minyak yang sangat multipurpose ni sesuai di campur dengan krim lain, but for some reason I prefer to wear it alone. Walaupun ia nya minyak, afraid not, ia tidak sama sekali menyebabkan muka anda tumbuh jerawat. So get yours & sedia lah untuk rawatan muka dirumah sendiri.

Nota: selalu letak argan oil untuk kurang kan stretch mark sewaktu pregnant.

2 comments:

  1. Nice review sis. Izin saya tambah, untuk mereka yang combination skin, elok gunakan Lalla Nour Rhassoul Clay facial mask bersama Pure Argan Oil. Rhassoul Clay ni juga product natural yang hanya boleh dapat dari bawah Pergunungan Atlas di Morocco. Daya absorption yang sangat tinggi untuk detox kulit dan bersihkan pori-pori tersumbat.

    Sapa nak order Pure Argan Oil Lalla Nour boleh contact Mat Argan @ 0197448227 atau follow IG @arganoilmy

    ReplyDelete
  2. Dekat mana nk dapat produk ni

    ReplyDelete