Monday, 12 January 2015

How To - Pore strips, Toothpaste & Sugar?

White heads, black heads diibaratkan seperti kumpulan mafia Don Vito yang sentiasa menghantui hidung kita sejak awal remaja sehingga ke saat anda membaca entri ini. Ia hitam, Ia putih (macam colour suit mafia gamaknya), dan ia degil berani mati. Mana tak nya, dalam banyak2 bahagian muka yang bercelah-celah, kat hidung juga dia menonjol.

Oleh kerana permasalahan itu lah, banyak inovasi & cara cara untuk kita lakukan demi menghapuskan kepala-kepala degil termasuk lah masker, pore strips, picit, tarik, kopek dan sebagainya. Ada lah pulak sejenis krim yang di gosok-gosok hingga keluar sel kulit mati, yang pada pendapat I, idok le berkesan sama sekali. Dulu waktu sekolah pernah try dengan krim Hazeline Snow. Tepek kat muka bebanyak, lepas tu biar krim tu meresap & selepas tu gosok banyak kali di bahagian hidung & celah nya. Konon la yang keluar itu adalah daki muka tapi yang sebenarnya hanyalah gumpalan krim sahaja. Whiteheads tetap bermaharajalela & yang tinggal hidung yang merah akibat di gosok kuat sangat.

Itu cerita zaman sekolah rendah dulu. Pitih takdo lagi nak beli krim mahal. Sampai la keluar inovasi pore strips yang rata-rata nya berhasil untuk mencabut 70 - 80% whiteheads di hidung (okay lah daripada tak tercabut satu)

Sekarang ni ada dijual serum untuk melembutkan & memudahkan proses pembuangan heads ini. Kalau ada yang pernah try boleh lah share-share resultnya.

Okay lah, walau apa cara sekalipun baik manual atau pun pergi facial, I tetap suka buat cara sendiri untuk pembuangan heads yang maksimum.

In fact, anda tak perlu rushing keluar beli barang sebab sumber nya ada di dapur & di bilik air. Anda ada gula? Anda ada ubat gigi? Ok done!. Anda boleh mulakan sesi facial sendiri.

Nota: Kaedah ini berkesan 80 - 90% di hidung sahaja. Jika anda mengalami masalah whiteheads di bahagian lain seperti dagu antara kening, anda boleh try & adjust ikut keselesaan sendiri. No worries, no harmful chemicals involved. Paling-paling pun hidung merah or sedikit pedih je.

Ramai yang complaint pore strips ni tak berkesan & kadang-kadang whiteheads tu tak tertanggal. Afraid not, pore strips sebenarnya paling berkesan & cepat jika dibandingkan menggunakan besi pencungkil yang kadang-kadang lagi menyakitkan. Apa yang anda boleh buat adalah:-
1. Bersihkan muka seperti biasa. Urut di bahagian hidung atau sental dengan *Pobling Pore Cleanser dalam 2-5 minit.

*Bagi sesetengah orang yang memakai Pobling Pore Cleanser, white heads terus tertanggal (untungnya depa ni). Tapi bagi I, Pobling ni hanya membantu melembutkan heads (degil betul mafia ni).

2. Selepas dibersihkan dengan air sebersih-bersihnya, biarkan air dimuka terlebih dahulu. Sekiranya ada water heater, lalukan air suam ke hidung untuk membesarkan pori & memudahkan proses mengopek strips. Jika tiada air suam pun takpe, lekatkan terus (dengan tangan kering) **pore strips ke hidung & tekap rata sehingga meliputi kawasan berpori di sekitar hidung. Biarkan kering terlebih dahulu. Seeloknya anginkan (bawah kipas) sehingga anda boleh merasakan strips itu mengeras apabila dipegang. Elakan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh terutamanya di hidung. Pore strips tidak akan mengering dengan sempurna & gam itu akan tertanggal & melekat di hidung.

3. Setelah pore strips mengeras, perlahan-lahan kopek di kedua-dua hujung sehingga ke batang hidung. Tujuan supaya bahagian pipi berpori itu tidak kemerah-merahan & pedih. Kemudian pegang di kedua-dua hujung strips itu & tarik cepat-cepat menghala ke atas.

4. Periksa sama ada banyak heads yang terangkat bersama. Jika ada sisa-sisa heads di hidung, apa yang anda boleh buat adalah mencuci bahagian hidung menggunakan air dan ubat gigi.  Cara-cara, basahkan hidung, calit sedikit ubat gigi & ratakan di hidung. Ambil sedikit gula (fine sugar jika hendak lembut, atau nak extreme boleh pakai coarse sugar), gosok dibahagian hidung sehingga anda merasakan kawasan hidung anda licin. Selepas itu bilas dengan air.

Hasilnya, anda mendapat hidung yang lebih halus & bebas dari heads (untuk seminggu atau lebih). Kebiasaannya I akan membuang heads ni selang 2 minggu (bergantung kepada keadaan)

** Disarankan untuk menggunakan pore strips berwarna hitam yang berasaskan charcoal seperti jenama Watson's (refer pic at the end of the post)

Kaedah ini sesuai dilakukan selepas mandi kerana pori-pori anda terbuka & makhluk-makhluk heads ni lembut & senang tercabut.

Nota 2: Jika anda ada masalah pori-pori besar, disarankan untuk rajin mencuci muka setiap hari 2-3 kali sehari & scrub 3 kali seminggu.

Mudah kan? Hanya dengan memakai pore strips sahaja. Seperti yang I katakan, kalau kena pada cara nya insyaAllah pore strips tu berkesan 100% tanpa perlu berbelanja di facial.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment